MOBILE SPA & POSTNATAL CARE
Tak perlu bayar mahal untuk rasa layanan premium. Kami bawakan keajaiban spa terus ke rumah anda khas untuk suri rumah, ibu muda & wanita bekerjaya.
Therapist & CL bertauliah & berpengalaman luas.
Nikmati rawatan di butik kami atau keselesaan rumah anda.
Bahan semulajadi & herba berkualiti tinggi.
Sama ada anda sedang berpantang atau keletihan bekerja, kami ada sesuatu untuk anda.
Kami bantu anda dari A-Z supaya ibu cepat sembuh, rahim kembali sihat & aliran susu badan lancar dengan teknik bertauliah.
Khas untuk anda yang berjuang sendiri, nikmati Diskaun Khas untuk semua rawatan. Anda berhak merasa belaian premium tanpa rasa terbeban.
Hadiahkan diri anda 'me-time' dengan urutan premium. Hilangkan stress dan kelesuan badan tanpa perlu keluar rumah. Biar kami datang kepada anda!
Ketenangan & Pemulihan Professional, Di Mana Jua Anda Berada.
D'mieyza adalah penyedia servis Mobile Spa & Postnatal Care eksklusif yang membawakan pengalaman rawatan premium terus ke keselesaan rumah anda. Kami pakar dalam mengubah ruang kediaman anda menjadi sebuah pusat ketenangan tanpa perlu anda keluar dari rumah.
Diterajui oleh pakar bertauliah dengan pengalaman 15 tahun, kami membawa kelengkapan spa yang lengkap dan produk bermutu tinggi untuk memastikan kualiti rawatan yang diterima setanding dengan butik spa terkemuka.
Trainer (TTT) | Pegawai Penilai Skm | Pakar Confinement & Estetik
Diterajui oleh Puan Izza, seorang pakar yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam seni urutan. Beliau merupakan tenaga pengajar bertauliah dan pegawai penilai bagi bidang kemahiran kecantikan dan penjagaan berpantang.
Memegang Diploma Kemahiran Malaysia (MamaCare), SKM Estetik, serta sijil khas Stimulatherapy dan pengiktirafan antarabangsa dari Puan Elvira (Itali), beliau memastikan setiap rawatan di D'mieyza memenuhi standard kualiti tertinggi.
Pakar kecantikan dan pemulihan postnatal anda
Rawatan facial intensif dan spa badan untuk kesegaran total.
Urutan tradisional untuk melegakan keletihan dan melancarkan darah.
Sokongan lengkap untuk ibu dan bayi selepas melahirkan.
Pilihan Pakej Lengkap Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki
Hasil kerja tangan dan suasana rawatan yang menenangkan.
Lebih 1,000+ wanita telah merasai sentuhan kasih D'mieyza.
Isi butiran di bawah untuk kami hubungi anda